Showing posts with label Reakreasi Menarik. Show all posts
Showing posts with label Reakreasi Menarik. Show all posts

Friday, 2 November 2012

Lata Rek Yang Mendamaikan

Lata Rek terletak berhampiran Kg. Laloh, iaitu lebih kurang 30 km dari Bandar Kuala Krai, Kelantan. Ianya merupakan kawasan air terjun yang sangat  terkenal di negeri Kelantan,bahkan pernah dilabelkan sebagai  tempat perkelahan yang amat sesuai untuk seisi keluarga.Jika anda hendak ke sana,anda bolehlah   melalui Lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang.
     Para pemhunjung biasanya berpusu-pusu pada hujung minggu.Kebiasaanya Lata Rek paling ramai dikunjungi pada hari Jumaat dan Sabtu sempena cuti hari minggu di Kelantan. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak seperti perkhemahan,tidakj ketinggalan memilih Lata Rek ini sebagai destinasi aktiviti mereka.Biasanya para penuntut  universiti, pelajar sekolah, tentera, polis dan badan sukarela yang selalu  mengadakan aktiviti  pekhemahan di sini.
      Buat masa ini, tempat penginapan belum disediakan oleh pihak tertentu kerana masalah banjir yang boleh merosakkan struktur bangunan di sini terutama pada musim tengkujuh. Apapun, air terjun ini amat sesuai untuk sesi keluarga dan pekhemahan. Kedai makan, warung, pasar dan pelbagai lagi kemudahan terdapat berhampiran kawasan ini.
Jln ke Lata Rek

Jom Relaks Minda di Jeram Pasu

Jika seharian dan seminggu anda penat bekerja....jom kita santai-santai di hutan lipur Jeram Pasu .
Jeram ini terletak kira-kira 10 Km dari bandar Pasir PutehJeram ini merupakan ntara  salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh - Kota Bhar
  Menurut sejarah dan cerita masyarakat setempat, Jeram Pasu merupakan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Tidak berapa lama kemudian,majlis bandaran Pasir Puteh telah mengambil inisiatif untuk memajukan kawasan ini.Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan. Pengunjung juga boleh beriadah dengan menggunakan trek denai hutan yang dibina oleh pihak PBT.
kehijauan hutan lipur dan kejernihan air di sini sangat-sangat mendamaikan....
Menjadi tarikan para jurugambar tersohor
Asyik mencari subjek yang bakal dirakam....

Pantai Tok Bali

Pantai Tok Bali terletak kira-kira 10 Km dari bandar Pasir Puteh Kelantan.Ianya terkenal kerana memppunyai jambatan yang tinggi bagi memberi ruang kepada kapal-kapal berlabuh.
Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai di Tok Bali. Bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan, Tok Bali merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keuntungan kepada nelayan-nelayan.
Tok Bali juga merupakan destinasi penjualan hasil-hasil penangkapan oleh nelayan-nelayan. Kita dapat meperolehi hasil - hasil tersebut secara borong dan dengan harga yang berpatutan di samping dapat menikmati kesegaran hasil - hasil tangkapan.

Sunday, 14 October 2012

Pantai Sri Tujuh...Menggamit Memori

Pantai Sri Tujuh terletak di Pengkalan Kubur,Jajahan Tumpat,Kelantan.Pantai yang cantik dengan butiran pepasir yang memutih bisa menggamit para pengunjung yang datang ke sini.Lokasinya yang terletak berhampiran dengan kawasan sempadan negara Malaysia dan Thai menambahkan lagi daya tarikan pantai ini.MKempunyai chalet yang cantik dan selesa serta sewa yang berpatutan,menambahkan lagi potensi bermalam bagi mereka yang tinggal berjauahan dari tempat ini,sekali gus menjadikan tempat percutian yang mendamaikan.
keindahan dan kejernihan tasik di Pantai Sri Tujuh yang sangat mempesonakan....

laut yang tenang bisa mendamaikan jiwa yang sedang dilanda keresahan...
pemandangan jalan menuju ke Pantai Sri Tujuh...
stesen keretapi yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.....pemandangan yang menyegarkan...

Thursday, 11 October 2012

Indahnya Panorama Klate

Jika anda ingin melawat negeri Cik Siti Wan Kembang ini...jom ...ikut saya....Kita ke Pantai Irama sekejap..

Pantai Irama terletak di daerah Bachok Kelantan.Jaraknya dari Kota Bharu adalah lebih kurang 20 km.Ia merupakan pusat perkelahan dan reakreasi yang tersohor sejak zaman berzaman.Pantainya cantik...pepasir yang memutih dan landai ini,terus memikat hati para pengunjung.
tepian pantai yang indah...disediakan replika kulat yang menarik...
kebersihan pantainya menarik hati ramai pengunjung...
kata pepatah...sekali air bah,sekali pantai berubah,....namun pantai ini selalu cantik dan bisa menggamit pandangan para pengunjung bagi menghibur hati yang lara,,,,


di sini juga selalu menjadi tumpuan para photografi dalam membuat sesi penggambaran pasangan pengantin baru....

Keindahan dan kedamaiannya bisa dijadikan lokasi penggambaran pasangan pengantin baru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...